Wednesday, 8 January 2014

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


FALSAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara”



Elemen-elemen FPK :

1. Pendidikan suatu usaha berterusan

• Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni.
• Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat.
• Pendidkan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun.
• Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan.
• Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka.
• Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.


2. Perkembangan potensi individu

• Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam.
• Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk dan dikembangkan dan dipertingkatkan.
• Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling.
• Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.

3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

• Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain.
• Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi 4 aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4. Insan yang seimbang dan harmonis

• Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani).
• Keseimbangan antara keepat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain.
• Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.


5. Unsur intelek

• Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira dan menulis.
• Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar.
• Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.
• Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

6.Unsur rohani

• Menyedari dan percaya kepada Tuhan.
• Bersyukur dengan pemberian Tuhan.
• Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

7. Unsur emosi

• Mempunyai emosi yang matang dan stabil.
• Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.
• Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

8. Unsur jasmani

• Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal.
• Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.
• Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

9. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan

• Mengakui tentang kewujudan Tuhan.
• Mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam.
• Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.
• Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya.
• Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

• Cintakan ilmu pengetahuan.
• Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.
• Mempunyai fikiran luas dan terbuka.

11. Rakyat Malaysia yang berketrampilan

• Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.
• Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna.
• Berpandangan jauh dan berinisiatif.
• Memupuk pembawaan diri yang baik.

12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

• Mempunyai perwatakan diri yang baik.
• Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

13. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

• Boleh dipercayai.
• Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik.
• Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.
• Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
• Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

14. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesjahteraan diri

• Berfikiran waras dan berjiwa tenang.
• Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

15. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

• Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya.
• Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan.
• Sering mengamalkan kestabilan politik dan keamanan negara.
• Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.
• Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

16. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

• Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yan tinggi.
• Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

17. Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

• Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.
• Memupuk persefahaman keluarga.
• Mematuhi norma masyarakat.
• Cintakan negara.

1 comment:

  1. assalamualaikum. saya nak tanya nama blogger ni untuk saya letak dalam bibliografi untuk kk sejarah saya boleh? boleh email saya adiayaya113@gmail.com

    ReplyDelete