Sunday 12 January 2014

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)


SEBELAS ANJAKAN UTAMA UNTUK MENTRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

1) ANJAKAN SATU : MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA  PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA
  •    Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa.
  •  Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017.
  •  Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.
  •  Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
  •  Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan pendidikan vokasional.
  •  Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang 2020.
  •  Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus.
  •  Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun.
 2) ANJAKAN DUA : MEMASTIKAN SETIAP MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS DAN DIGALAKKAN MEMPELAJARI BAHASA TAMBAHAN


  • Melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid yang memerlukan.
  • Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris.
  • Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris.
  • Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus peringkat SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris.
  • Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025.
3) ANJAKAN TIGA : MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI
  • Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.
  • Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform.
  • Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah.
4) ANJAKAN EMPAT : MENTRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHAN
  • Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas.
  • Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020.
  • Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013.
  • Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013.
  • Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016.
  • Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang 2016.
  • Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses pensijilan mulai 2025.
5) ANJAKAN LIMA : MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH
  • Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013.
  • Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid
6) ANJAKAN ENAM : MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN 

  • Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik da dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014.
  • Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum.
  •  Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak.
  • Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan kewangan yang saksama.
7) ANJAKAN TUJUH : MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA 

  • Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah. 
  • Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris.
  • Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid.

8) ANJAKAN LAPAN : MENTRANSFORMASI KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN PENYAMPAIAN KEMENTERIAN
  •  Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik keberhasilan murid.
  • Sekurang-kurangnya 2,500 personel daripada Kementerian dan JPN ditempatkan di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada sekolah menjelang 2014.
  • Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013.
  • Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013, dan pelaksanaan mulai 2016

9) ANJAKAN SEMBILAN : BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI, DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS

  • Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak  mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah.
  • Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.
  • Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja.
10) ANJAKAN SEPULUH : MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT
  • Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasional program berimpak rendah pada setiap tahun.
  • Memanfaatkan peluang kecekapan, dengan mengagihkan peruntukan kepadabidang paling penting seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
11) ANJAKAN SEBELAS : MENINGKATKAN KETULUSAN UNTUK KEBERTANGGUNGJAWABAN AWAM SECARA LANGSUNG
  • Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013.
  • Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan 2025



1 comment:

  1. Bagi penulisan tesis adalah bukan sesuatu kerja yang mudah. Ia sangat rumit dan pelajar semua perlu mendapatkan bantuan bagi menghasilkan penulisan tesis yang terbaik. Anda melayari only here untuk dapatkan panduan dari mereka yang profesional. Tunggu apa lagi. Cubalah sekarang!

    ReplyDelete