Sunday 12 January 2014

Tokoh Pendidik di Malaysia


Tokoh Pendidikan merupakan orang yang telah berjasa kepada negara dalam bidang pendidikan yang boleh dijadikan contoh kepada generasi kini dan akan datang. Kejayaan yang dicapai dan sumbangan yang dicurahkan kepada negara dapat dijadikan motivasi kepada semua lapisan masyarakat. Pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mencurahkan bakti membngunkan negara terutamanya selepas negara mencapai kemerdekaan wajar dijadikan iktibar. Antara tokoh-tokoh yang boleh dijadikan contoh ialah Aminuddin Baki, Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (ZA'BA), Tan Sri Professor Dr. Awang Had Salleh, Profesor Dato' Dr. Ungku Omar, Professor Diraja Ungku Aziz dan Professor Khoo Kay Kim.

Aminuddin Baki

Tokoh Pendidik dan Pemikir Bangsanya



Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor di Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu. Beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Anderson, Ipoh.Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941.Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Aminuddiin telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946.  Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Walau bagaimanapun pada tahun 1949 Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif dalam persatuan pelajar kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Dalam tahun 1950, beliau bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan. Dalam tahun yang sama beliau telah lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, lulus Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.
Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951, Aminuddin kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah untuk sebentar waktu dan kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga Julai 1952. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Ratu dan meninggalkan Pulau Pinang menaiki kapal pada 12 Julai 1952. Aminuddin memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan pada bulan Julai 1953. Selepas pulang ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau memperkenalkan Sejarah Islam kepada pelajar tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul Rahman Talib. Ketika berusia 36 tahun, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor pada 1962, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Pada masa yang sama, beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aminuddin menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963. Beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia muda 39 tahun.
Antara sumbangan Aminuddin Baki adalah seperti Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. (tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran),  Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak pada tahun 1955, Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960, Mewujudkan Sijil rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (ZA'BA)

Pendeta Yang Bersemangat Waja




Za'ba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973; nama penuh: Zainal Abidin bin Ahmad) merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu. Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, beliau telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun, menghafal Surah Yassin dan berzanji. Za'ba mulai bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, Za'ba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada 1915, Za'ba berjaya tamat (Senior Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun. Za'ba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za'ba adalah keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Dia turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dang menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Perkhawinan pertamanya pada 1917 tidak kekal tetapi dia mempunyai anak perempuan yang dibesarkannya. Za'ba kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Umar. Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan diterbitkan pada 1932. Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Ini termasuk menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937, dan pada 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor.
Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan. Pada tahun 1947, dia mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London. Di bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun. Khidmat Za'ba masih diperlukan dan pada tahun 1953 dia dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Bersama dengan Ungku Aziz, dia mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Za'ba memduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun. Za'ba menerima gelaran Pendeta sacara rasmi, dalam bentuk songkok pada 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang Za'ba curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana dia mahu meletakkan bahasa Malay diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak bintang penghormatan Pingat Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju menerima anugerah Pingat Manku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. Za'ba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau juga mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.
Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78.

Tan Sri Profesor Dr. Awang Had Salleh

Ahli Akademik dan Sasterawan Malaysia



Prof. Dr Awang Had Salleh (lahir 24 Jun 1934) ialah ahli akademik dan sasterawan Malaysia. Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia sebelum persaraannya. Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna diterbitkan. Dramanya, Buat Menyapu Si Air Mata, diterbitkan pada tahun 1975.
Dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang, Awang menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung, sebuah sekolah rendah di tempat asalnya. Pendidikannya kemudian tergendala, akibat Perang Dunia II. Walaupun demikian, beliau memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah pada tahun 1949,lalu menyertai Sekolah Melayu Seberang Perak. Pada 1951, Awang menyambung pendidikannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak seterusnya sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahagian Atas) daripada Universiti Malaya pada 1964, diselang seberapa tahun sebagai guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star lalu sebagai Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC) yang juga di Alor Star. Pada sesi akademik 1963/1964, beliau turut bergerak aktif sebagai Yang Dipertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Pada 1964, Awang menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur lalu menjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1974. Selain itu, beliau juga menerbitkan novel sulungnya, Biru Warna, pada 1966. Ringkasan penerbit novel itu berbunyi sebahagiannya seperti yang berikut: "Keindahan rasa selalunya bermain dalam cahaya biru. Dan di tangan seorang seniman, cahaya itu digarapnya menjadi nada untuk muzik, menjadi bahasa untuk sastera, dan menjadi garis untuk lukisan. Dan Awang Had Salleh bukan saja mencipta "Biru Warna", sebuah novel, tetapi juga lukisan dan lagu dengan nama yang sama." Seorang yang berkecenderungan akademik, Awang kemudian memperoleh ijazah-ijazah yang lain sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi daripada Stanford University, California pada tahun 1969 serta juga dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom (lihat bahagian kronologi untuk perincian).
Pada 1975, Awang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan kemudian menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia lalu menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia. Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dalam kegiatan penulisan, beliau melibatkan diri dalam penulisan kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi) dari tahun 1954 hingga kira-kira tahun 1990. Beliau pernah menulis buku-buku untuk pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kegiatan menulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan masih berterusan hingga sekarang. Pada masa ini, beliau masih meneruskan kegiatan kemasyarakatan dalam beberapa buah pertubuhan sosial dan semenjak bersara, beliau ikut serta dalam sebilangan kecil badan korporat swasta. Sebagai Presiden, beliau terus menerajui Persatuan Suluh Budiman (sejak 1973) dan Persatuan Pendidikan Malaysia (sejak 1975). Penganugerahan negara yang diterima beliau ialah Johan Mangku Negara (JMN), 1975, Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) 1978, dan Panglima Setia Mahkota (PSM), 1982. Penganugerahan akademik yang diterima beliau ialah Honorary Fellow ABE (UK), 1983, HonLLB (Brock) 1986, Distinguished Fellow ISIS (Malaysia) 1990, Hon DLitt (Kebangsaan) 1997, dan gelaran Profesor Emeritus (Universiti Utara Malaysia), 1997.

Profesor Dato' Dr. Ungku Omar Ungku Ahmad

Saintis yang Berjiwa Pendidik



Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931, di Johor, Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak. Kemudian ke Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. (Terakhir). Universiti Malaya, Singapura, dan lulus ijazah MBBS, 1957. Royal College of Physician London serta Royal College of Surgeons England. Beliau lulus peringkat Diploma dalam bidang Patalogi, 1962. Lulus Ph.D dalam bidang Clinial Chemistry di institusi yang sama, 1965. Dato' Dr. Ungku Omar pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat Penyeldikan Perubatan kuala Lumpur, Pendaftar di Jabatan Pathology, Royal Free Hospital, School of Medicine, London, 1962 dan Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, 1965.
Antara pencapaian yang dicapai oleh beliau ialah seperti menjadi Anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Pertama Kuala Lumpur. Kemudian, ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela beliau mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan bimbingan kepada penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria. Beliau juga telah beberapa kali mewakili Malaysia dalam persidangan Perubatan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Singapura. Ceramah dan pidatonya berkisar tentang peri pentingnya hasil penyelidikan perubatan disebarluaskan untuk menjaga kesihatan rakyat. Kebanyakan persidangan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau Dalam Perubatan Tropika (SEAMES).
Beliau adalah seorang yang prolifik menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakan maju” telah ditegaskan oleh beliau ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam perubatan Negara. Antara sumbangan signifikan beliau yang lain ialah peranan besar dalam penubuhan Univeristi Kebangsaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969 ketika berusia 38 tahun.

          Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid
 Pentadbir dan Pemikir Pendidikan Tinggi
ungku_aziz

Profesor Diraja Ungku Aziz ialah seorang tokoh akademik dan ekonomi yang sangat sukar disaingi apatah lagi ditandingi di negara ini. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang dilantik memegang jawatan penting di UM iaitu Ketua Jabatan Ekonomi dan apabila jabatan itu dinaiktarafkan menjadi fakulti, beliau ialah orang pertama yang menjadi dekannya; professor Ekonomi dan naib canselor.
Ungku Aziz yang berdarah diraja dilahirkan pada 28 Januari 1922 di London, England. Beliau mendapat pendidikan awal di Johor Bahru kemudian meneruskan pengajian di Raffles College (1940-1941) dan mengambil mata pelajaran Ekonomi, Sejarah dan bahasa Inggeris. Beliau meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi  di Waseda University, Tokyo dengan mendapat Ijazah Doktor Ekonomi pada tahun 1964.
Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah ekonomi di UM Singapura, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Ekonomi, UM Kuala Lumpur, Dekan Fakulti Satera UM, diikuti dengan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM. Seterusnya beliau dilantik sebagai naib canselor selama dua dekad bermula 1 Oktober 1968 hingga 22 Februari 1988,. Beliau dianugerahkan Profesor Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 17 Jun 1978.
Sumbangan beliau yang pertama ialah penubuhan Akademi Islam. Berdasarkan kertas kerja yang dibuat Profesor Diraja Ungku Aziz, senat universiti dalam mesyuaratnya pada 29 Julai 1976 telah menubuhkan Lembaga Pengajian tentang Nilam Puri dengan Ungku Aziz sebagai pengerusinya. Tujuannya untuk menimbang penerapan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan ke dalam UM. Hasil cadangan itu tertubuhnlah Akademi Islam UM. Kedua, penubuhan Institut Pengajian Tinggi pada tahun 1979 dengan menekankan kepada projek HAWA, Projek Pengajian Tinggi dan Pekerjaan. Dan pengajaran Kursus Sarjana Falsafah : Falsafah Penyedlidikan. Seterusnya penubuhan Pusat Asasi Sains pada tahun 1977 atas kesedaran beliau akan kekurangan pelajar peribumi dalam fakulti sains di UM. Keempat pula ialah penubuhan Pusat Bahasa UM pada 3 Mac 1972 sebagai sebuah organisasi perkhidmatan bahasa dan bertanggunjawab dalam menjalankan kursus bahasa yang sesuai dengan kehendak fakulti dan pusat-pusat lain di UM.
Ungku Aziz telah diberikan ijazah kehormat oleh beberapa universiti, antaranya Doctor of Humane Letters, University of Pittsburgh (1971); Doctor of Education, Chulalongkorn University, Bangkok (1977); Doctors of Laws, Waseda University, Tokyo(1982); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UKM (1986); Doctor of Laws, University of Buckingham (1987); professor Emeritus, UM (1988); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UM. Beliau turut mendapat pengiktirafan oleh kerajaan seperti Ordre des Arts et Des Lettres oleh Kerajaan Perancis (1965); Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (1978); Japan Foundation Award (1981); Soka Education Award (1987); International Academic Prize of the 4 Fukuoka Asian Cultural Prizes (1993); Anugerah Melayu Terbilang oleh Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (2005) dan Anugerah Tuanku Syed Putra (2007).

Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim
Sejarawan Malaysia


Lahir: Mac 28 1937 ialah seorang ahli sejarahwan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia.
Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD) berdasarkan thesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 (1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang professor sejarah di Raffles CollegeSingapura. Tregonning juga adalah bekas pelajar Universiti Malaya.
Khoo Kay Kim merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara.

Hasil penulisan beliau :

  1. Songket : seni tenunan warisan tradisi. Koleksi keemasan 1 : Alf Promotions, 2007
  2. Batik, a legacy of Datin Seri Endon Mahmood = Batik, warisan budaya bagi mengenang Datin Seri Endon Mahmood : Alf Promotions, 2007/2008
  3. Songket : seni tenunan warisan tradisi : Alf Promotions, 2007.
  4. Malays/Muslims in Singapore : selected readings in history, 1819-1965 / edited by Khoo Kay Khim, Elinah Abdullah, Wan Meng Hao : Pelanduk Publications (M), 2006.
  5. 100 Years the University of Malaya : Universiti Malaya Publication, 2005.
  6. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail : the installation of His Majesty and Malaysia ; bersama Tan Joo Lan , Tan Teong Jin  : Usahasama Seri Cemerlang, [2002]
  7. Jendela masa : kumpulan esei sempena persaraan Dato' Khoo Kay Kim/ ketua editor Mohammad Redzuan Othman, editor Muhammad Yusoff Hashim, Leong Sau Heng, Zulkarnain Abdul Rahman  : Univeristi Malaya, 2001.
  8. Kuala Lumpur : the formative years : Berita Publishing , 1996.
  9. The Chersonese with the gilding off / Emily Innes ; with an introduction by Khoo Kay Kim : Oxford University Press, 1993.
  10. A History of Johore, 1365-1941 / by R.O. Winstedt etc; Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society by Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd., 1992.
  11. His Majesty Sultan Azlan Shah / Khoo Kay Kim ; photographs by royal photographer, Shahrel Yusof : Pelanduk Pub., c1991.
  12. Malay Society : tranformation & democratisation, a stimulating and discerning study on the evolution of Malay society : Pelanduk Publications, 1991.
  13. Persejarahan Melayu Nusantara : kajian mengenai sumber, penghayatan, masalah dan tafsiran naskhah-naskhah terpilih sejarah Melayu / Muhammad Yusoff Hashim ; perunding Khoo Kay Kim. : Teks Publishing, 1988.
  14. Negeri-negeri Melayu Pantai Barat, 1850-1873 : kesan perkembangan dagang terhadap politik Melayu  : Penerbit Fajar Bakti, 1984.
  15. Diskusi Sejarah : Perunding:Prof. Khoo Kay Kim ,Yusoff Iskandar  : Teks Publishing , 1984
  16. Darurat 1948-1960 / disunting oleh : Prof. Khoo Kay Kim & Adnan Hj. Nawang  : Muzium Angkatan Tentera , 1984.
  17. Esei-esei sejarah Malaysia.  : Persatuan Sejarah Malaysia, 1982.
  18. Melaka : dahulu dan sekarang.  : Persatuan Muzium Malaysia, 1982.
  19. Esei-esei sejarah Malaysia II.: Persatuan Sejarah Malaysia, 1982.
  20. Sabah : history and society / compiled by Khoo Kay Kim : Malaysian Historical Society, 1981.
  21. Pendidikan di Malaysia : dahulu dan sekarang. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
  22. Sastera dan sasterawan. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
  23. Islam Di Malaysia/ disusun oleh Prof. Khoo Kay Kim, Mohd. Fadzil Othman dan Abdullah Zakaria Ghazali; diselenggarakan oleh Jazamuddin Baharuddin. : Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
  24. The History of South-East, South, and East Asia : essays and documents / edited by Khoo Kay Kim. : Oxford University Press, 1977.
  25. Masalah sosial dan politik di Malaysia. : Gateway Publishing House Sdn. Bhd., (19??).
  26. Sastera dan sasterawan II.
  27. Esei-esei sejarah Malaysia II: peraduan mengarang esei
  28. The Western Malay States 1850-1873:the effects of commercial development on Malay politics




5 comments:

  1. Perkongsian yang sangat berkualiti dan terbaik. Di dalam blog ini menerangkan berkenaan Tokoh Pendidik di Malaysia. Ia merupakan tajuk blog yang sangat menarik untuk saya sebagai seorang pelajar kerana ia mempunyai maklumat-maklumat yang lengkap dan padat. Ini kerana, dapat membantu saya menyiapkan kertas kerja yang diberikan oleh tenaga pengajar pada masa yang telah ditetapkan.
    Sebagai bahan rujukan, di sini terdapat pautan yang boleh membantu anda semua mencari maklumat yang sangat lengkap hanya dengan klik buy thesis malaysia
    ia dapat melengkapkan kertas kerja yang diberikan dengan sempurna dan dapat menghasilkan penulisan dengan kualiti yang baik. Ini kerana perkhidmatan disediakan oleh mereka yang sudah lama berpengalaman luas di dalam bidang penulisan ini.
    Terima Kasih dengan perkongsian yang baik ini.

    ReplyDelete
  2. Tokoh² trsebut mempunyai trbitan buku tak?

    ReplyDelete
  3. siapakah nama penulis blog ini ?

    ReplyDelete